Wah dah lama blog ni senyap sunyi tanpa khabar berita kan! Saya pun hampir terlupa akan kewujudan blog ni :p Sejak saya operate pada Ogos tahun lepas, kemudian disahkan preggie pada awal tahun ini, oven di rumah sudah lama berhibernasi. Kesian juga pada dia, pasti rindu akan sentuhan tuan empunya diri hehe. Minggu lepas, tiba2 saya menerima kiriman sms daripada Sha/Ecah yang bertanyakan pasal kek...sama ada saya masih menerima order atau tidak. Memandangkan sejak masuk kandungan ke-6 saya tiba2 jadi rajin membaking (utk makan2 sendiri sahaja), saya rasa eh why not saya buat seketul utk Sha ye tak. Terharu saya bila Sha tersangatla hepi bila saya terima order dia.
Buat Sha, terima kasih yer kerana sudi order dari akak. Harap2 kek ni sedap dan menepati citarasa awak sekeluarga :)